WARNING! CAUTION! CAPTION! I'M NOT GORGEOUS BUT I'M SUPER-SUPER AWESOME!

Sunday, 11 December 2011

BERJUDI



Sekarang ni aku berada di Johor meninggalkan Puncak Alam yang nyaman dan sejuk mata memandang. Bukan apa, saja gatal geletis nak ikut caca balik kampung halaman tercinta JB. Tapi bukan aku sorang je yang menggeletis. Ada lagi dua puaka turut sama ikut caca mengharungi highway ke JB. Mereka ialah si gojes ika dan si gojes ina.

Kenapa tajuk entry aku berjudi. Aku nak cerita la sikit kan pasal hobi kawan- kawan puaka gojes aku. Hobi kami yang puaka dan gojes ni bukan sebarang hobi sebab hobi kami adalah berjudi. Balik kelas berjudi, sebelum makan berjudi, sebelum tidur berjudi, bangun-bangun tidur je berjudi dan yang paling tak boleh blah adalah semasa separuh masa kedua perlawanan bola. PUN berjudi jugak. Macam bapak jantan dah kan. Isk isk isk. Sampai dua set kad poker ada kat rumah sewa. Kecik-kecik dulu main donkey sekarang main judi.

Sampai ke JB hobi ni tetap diteruskan. Addicted sungguh dengan judi si puaka gojes semua ni. Sampai ke JB pun berjudi lagi. Semalam caca bawak kami pergi makan chicken chop 5 hinggit. Punyalah ramai orang kat situ. Bila dah ramai tu sah-sah la kan dia punya waiting list setebal bungkusan A4 yang tak dibukak lagi. Tanpa ditunggu-tunggu lagi caca si puaka gojes keluarkan kotak poker dari beg dia. Kat kedai makan pun layan judi dowhhhhhh. Sekali ngan si fyna adik si caca yang baru darjah 6 pun layan judi.

Molek sungguhh! Mollek doh!

Sampai lah tadi waktu lepas maghrib, tengah kitorang syok berjudi dalam bilik, umi caca si puaka gojes masuk dalam bilik dan umi tanya pada caca.

''Diorang ni memang selalu macam ni ke kat sana pun? Menghadap kad je?''

Kahkahkah. Malu sebentar. Tapi permainan tetap diteruskan sampai sekarang.




pesanan pada P/S : KAMI  MAIN HANYA SEBAGAI HOBI JE TAU. TAK DE BERTARUH YE. Umi, umi masak sedap.kihkihkih. Terima kasih sebab basuhkan baju ane yer..

No comments:

Post a Comment