WARNING! CAUTION! CAPTION! I'M NOT GORGEOUS BUT I'M SUPER-SUPER AWESOME!

Monday 26 December 2011

PARKINSON LIDAH

Semenjak dua-menjak ni aku perasan penyakit lama aku datang balik. Dah lama penyakit ni tak datang kat aku. Cakap apa semua tak kena. Bukan tak kena sebab orang marah salah tajuk ke apa. Tidak sama sekali tidak. 


Aku syak lah. Ini penyakit keturunan. Sebab apa kan, aku perasan bapak aku pun selalu mengalami perkara ni. Perasan kut. Mana tak perasannya. Cakap laju sikit aja, mesti tersasul. Berbelit lidah. Potong stim nak cerita. Kawan aku yang tengah excited nak dengar (excited aku kira) pun turut terpotong stimnya nak dengar. Mengeluh mengeluh mengeluh. 

Inilah aku kira symptom Parkinson lidah.


P/s nak cakap sikit: mungkin sebab tu kau tak boleh jadi pendebat

Sunday 11 December 2011

MALU LA



Kencing jangan merata. Kencing la kat tempat yang dah disediakan. Jangan pancut kat dinding tepi jalan je. Kat lorong-lorong sunyi atau gelap. Lorong Haji Taib tak pe la.Tempat mak nyah jual badan tu layak la kalau kau nak pancut kat situ pun. 


Macam tu jugak la kalau nak buang sampah. Buang kat tempat dia. Dalam tong sampah. Jangan buang luar tong sampah. Kesian kat mak cik dengan pak cik cleaner. Kau tak kesian ke kat diorang. Dah tua pun masih kerja lagi. Kerja yang memenatkan pulak tu. Nak cari makan untuk anak-anak kat rumah punya pasal. Kan kan?


Tolong pesan pada P/S: Engkau yang cakap pun kena insaf tau.. "Ye faham =( ''

BERJUDI



Sekarang ni aku berada di Johor meninggalkan Puncak Alam yang nyaman dan sejuk mata memandang. Bukan apa, saja gatal geletis nak ikut caca balik kampung halaman tercinta JB. Tapi bukan aku sorang je yang menggeletis. Ada lagi dua puaka turut sama ikut caca mengharungi highway ke JB. Mereka ialah si gojes ika dan si gojes ina.

Kenapa tajuk entry aku berjudi. Aku nak cerita la sikit kan pasal hobi kawan- kawan puaka gojes aku. Hobi kami yang puaka dan gojes ni bukan sebarang hobi sebab hobi kami adalah berjudi. Balik kelas berjudi, sebelum makan berjudi, sebelum tidur berjudi, bangun-bangun tidur je berjudi dan yang paling tak boleh blah adalah semasa separuh masa kedua perlawanan bola. PUN berjudi jugak. Macam bapak jantan dah kan. Isk isk isk. Sampai dua set kad poker ada kat rumah sewa. Kecik-kecik dulu main donkey sekarang main judi.

Sampai ke JB hobi ni tetap diteruskan. Addicted sungguh dengan judi si puaka gojes semua ni. Sampai ke JB pun berjudi lagi. Semalam caca bawak kami pergi makan chicken chop 5 hinggit. Punyalah ramai orang kat situ. Bila dah ramai tu sah-sah la kan dia punya waiting list setebal bungkusan A4 yang tak dibukak lagi. Tanpa ditunggu-tunggu lagi caca si puaka gojes keluarkan kotak poker dari beg dia. Kat kedai makan pun layan judi dowhhhhhh. Sekali ngan si fyna adik si caca yang baru darjah 6 pun layan judi.

Molek sungguhh! Mollek doh!

Sampai lah tadi waktu lepas maghrib, tengah kitorang syok berjudi dalam bilik, umi caca si puaka gojes masuk dalam bilik dan umi tanya pada caca.

''Diorang ni memang selalu macam ni ke kat sana pun? Menghadap kad je?''

Kahkahkah. Malu sebentar. Tapi permainan tetap diteruskan sampai sekarang.




pesanan pada P/S : KAMI  MAIN HANYA SEBAGAI HOBI JE TAU. TAK DE BERTARUH YE. Umi, umi masak sedap.kihkihkih. Terima kasih sebab basuhkan baju ane yer..

Thursday 8 December 2011

BUSUK HATI PUNYA PASAL




Sambil-sambil aku meniarap ni dan sambil-sambil menunggu bau ubat gegat yang aku beli kat Mydin tadi mula membuahkan bau, nak la jugak serba sedikit aku menceritakan apa yang aku nak cerita.
Tadi lepas balik dari kuliah, aku, Caca dan Ina (semua nama sebenar) pergilah melencong ke Saujana Utama sebab nak makan KFC. Kempunan punya pasal.

Dah habis makan, kami singgah ke Mydin. Lama dah tak masuk Mydin.  Mydin ni kecik je. Niat di hati nak cari ubat gegat. Nak dijadikan pewangi bilik. Ubat gegat wangi ke?? Entahla... Sejak Caca taruk ubat gegat dalam bilik dia, aku rasa bilik dia berbau wangi. Eloklah bau ubat gegat dari bilik aku yang takda bau ni kan. Kenapa cerita pasal ubat gegat? Suka hati aku la...oh! Kat Saujana Utama ada Restoran Suka Hati. Boleh kalau nak order makanan sesuka hati.

Busuk hati punya pasal.

Baru nak masuk cerita sebenar.. Tengah-tengah sibuk menerewang kat dalam Mydin tu, aku pun tertarik dengan ape yang Ina tengah belek. Dia tengah belek puzzle yang bercorak kartun-kartun. Untuk budak-budak tadika punya tu. Tau kan? Di kala itu jugak la aku teringat zaman-zaman aku kecik dulu. Yang busuk hati tu siapa? Aku la yang busuk hati tu.. Kenapa aku cakap aku busuk hati? Ini nak cerita. 

Dulu abah suka belikan aku puzzle macam tu.. Banyak jugak la koleksi puzzle aku simpan kat rumah. Kawan-kawan suka datang rumah aku sebab nak main puzzle tu la. Ada la suatu hari tu. Ada seorang kawan aku ni. Memang kami selalu main sama-sama. Tapi hari tu dia taknak main dengan aku. Entah kenapa. Rupa-rupanya, dia dah kena hasut dengan sorang minah umur 5 tahun ni supaya jangan kawan dengan aku. Dia cakap aku ni kasar sebab suka cakap bahasakan diri guna Aku Mu. Yela aku orang Kelantan. Baru pindah. Budak pulak tu . Susah nak biasakan lidah ni dengan bahasa baru. Bahasa KL la kononnya. Dia kan sopan. Cakap guna kite awak.. (CILAKE.. Tiba-tiba pulak emosi. Benda bodoh je padahal) baiklah. Sambung balik.

Cemburu tengok kawan aku dirampas oleh budak kecik tu. Sakit hati membuak-buak. Aku duduk tercongok kat bangku depan rumah tengok dorang berdua main. Kejap-kejap pandang aku. Konon nak tunjuk dorang seronok la kan. Yang aku pun bahlul pergi duduk kat situ dengan muka kesian. Kemudian, abah aku balik dari kerja. Aku tengok kat tangan abah aku ada sampul plastik. Yesss!!! Abah aku belikan puzzle baru untuk aku!

Aku pergi dekat bapak aku, kemudian, aku tanya dengan suara manja dan kuat dengan tujuan nak kasi diorang dengar. 'Abah beli puzzle ke? Yeay yeay!!'. Dari situ, aku nampak dari ekor mata aku, yang budak berdua tu tengah pandang ke arah aku.hahh!! Rasakan. Aku dapat mainan baru. Kau tak ada. Main lah dengan pasir tanah tu. Haha. 

Lepas abah aku siap bukak kasut, dan masuk ke dalam rumah, aku pun berlari-lari anak menuju ke bangku kat depan rumah aku tu dan dekat situ juga lah aku bukak plastik puzzle tu. Main tak ajak diorang pun. Kau tau diorang buat apa? Diorang berdiri je dekat pokok sebelah bangku yang aku duduk tu sambil tengok aku main. Masih teringat muka diorang yang kasihan tu..siapa suruh tak kawan aku! 

BODOH!BODOH! Apasal la buruk bebenor perangai aku dulu! 

Saturday 3 December 2011

"Ya Allah, 
tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal,
iman yang benar, 
ilmu yang bermanfaat, 
kesihatan yang elok, 
kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih 
dan kejayaan yang besar."


ini adalah doa yang sering dibaca oleh nabi kita nabi Muhammad S.A.W di dalam sujudnya yang terakhir setiap kali solat. sujud adalah saat di mana seseorang hamba itu paling hampir dengan penciptanya. maka lamakanlah sujud kita dengan mengisinya dengan doa-doa. 






PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.